MEMO 

Rujukan : RETI / AD / 020 / 2021 

Tarikh : 26 Jun 2021 

Daripada : Jabatan Pendaftar 

Kepada : Pelajar Ranaco Education and Training Institute  (RETI) 

Tajuk : PENDAFTARAN VAKSIN FASA 3 PELAJAR IPT  KEMAMAN 

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Dalam era globalisasi yang sedang menghadapi pandemik Covid 19, urusan  keselamatan dan kesihatan pelajar melalui vaksin amat penting. Ranaco  Education and Training Institute (RETI) sebagai sebuah Institut Pengajian  Tinggi Swasta (IPTS) antara yang menyokong usaha kerajaan dalam  membasmi wabak ini. 

Sehubungan itu, atas permintaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM), RETI berusaha mengumpulkan pelajar aktif pengajian untuk  pendaftaran vaksin fasa 3. Pelajar boleh melengkapkan maklumat  dikehendaki SELEWATNYA 24 JUN 2021 (KHAMIS) melalui link berikut: 

https://forms.gle/DskAcNto52x8NgVK6 

Pelajar dinasihatkan sentiasa menjaga kesihatan dan keselamatan diri dan  patuhi SOP. Sebarang pertanyaan dan permasalahan, boleh berhubung Jabatan Pendaftar melalui emel registrar@reti.edu.my atau hubungi Puan Herney, Pendaftar di 0104551249. 

Sekian terima kasih.

Leave a Comment