Lawatan Rasmi & Sesi Ramah Mesra Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar ke Ranaco Education & Training Institute (RETI) pada 22 September 2025

.

Ranaco berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar (YTAA) dalam satu sesi lawatan dan ramah mesra bersama warga institut.
Lawatan ini bertujuan:
✅ Meninjau kemudahan dan fasiliti sedia ada seperti Ship Simulator, Kolam Latihan, dan Asrama Arapaima
✅ Membincangkan potensi kerjasama strategik dalam penyaluran dana pendidikan kepada pelajar kurang berkemampuan
✅ Cadangan menjadikan Ranaco sebagai “Kolej Angkat” Yayasan bagi memperluas akses pendidikan dalam bidang pendidikan dan industri minyak & gas
✅ Menyokong usaha penambahbaikan surau sebagai sebahagian inisiatif pembangunan rohani pelajar
✅ Memberi sokongan terhadap pelaksanaan program keusahawanan, kemahiran dan khidmat masyarakat
Kehadiran YM Tengku Hassanal Badyr Bin Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Abdul Aziz selaku Pengerusi Yayasan Tengku Abdul Aziz Sultan Abu Bakar menyerikan lagi sesi ramah mesra bersama pelajar dan staf.
Pihak Ranaco merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian YTAA menjalin jalinan kerjasama ini demi manfaat pelajar dan pembangunan pendidikan negara.

Leave a Comment