

Ranaco berbesar hati kerana telah diberi peluang menyertai Karnival Hari Pelaut & Rumah Api 2025 yang berlangsung dengan jayanya di Marina Putrajaya.


Penyertaan ini merupakan satu langkah positif dalam memperkukuh peranan institusi pendidikan maritim dalam menyokong pembangunan modal insan industri laut negara. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti interaktif, pameran, demonstrasi keselamatan serta promosi pendidikan telah dijalankan, menarik minat pengunjung pelbagai lapisan.


Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur, rakan strategik dan semua pengunjung yang hadir memeriahkan karnival ini. Semoga usaha seperti ini dapat diteruskan dalam membina kesedaran awam serta menyemarakkan minat generasi muda terhadap bidang maritim.
RANACO-Membina Generasi Pelaut Profesional.
